WelcOme tO mY liFe =_=

Assalamualaikum...ini blog ima zara ..kedatangan anda amatlah dihargai..moga bingkisan sepi ini menjadi tatapan anda sekalian..Terima kasih di atas kesudian anda untuk mengunjungi blog ini..segala hasil coretan di blog ini adalah hak milik kekal ima zara..anda boleh copy hasil karya ima zara dengan syarat nyatakan sumber karya tersebut..kesediaan anda mematuhi permintaan ima zara amatlah dihargai..salam sayang, ima zara =_=

don't forget to leave a comment about my poem, short story and so on!..


Followers

Friday, February 4, 2011

Cinta


Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerna telah menggerakkan hatiku untuk berkongsi sedikit kisah mengenai cinta dan wanita..aku bukanlah seorang yang ilmuan, serba tahu mengenai selok belok agama serta hukumnya..tapi, aku sedang mencuba untuk kembali menulis..menggarap bakat yang sebelum ini terkubur dan berkongsi pengalaman dengan anda semua agar, tiap apa yang disampaikan dapat kita sama-sama jadikan panduan dan juga sempadan..

Sepertiga malam ini, aku terpanggil untuk berkongsi mengenai kisah seorang gadis..yang kini berusia dalam lingkungan 20-an..juga merupakan seorang kenalanku..ku gelarkan dirinya sebagai “a”..untuk memudahkan proses perkongsian ini..

A merupakan seorang pelajar yang baik, malah amat berpotensi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya..malah, ketika di sekolah..A amat aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah..dia juga amat terkenal dalam kalangan guru-guru memandangkan A seorang pelajaryang berdedikasi..Di sekolah,A menyandang jawatan sebagai seorang pengawas sekolah..dia amat terkenal dengan sikapnya yang peramah, baik hati dan pada masa yang sama seorang yang tegas.

A juga merupakan seorang gadis yang  beragama, memandangkan latar belakang dirinya berasal daripada keluarga yang baik-baik dan mengamalkan cara  hidup yang biasa sahaja..dia juga bukanlah seorang gadis yang gemar bersosial dan melepak tidak kira masa. Soal aurat dan pemakaian amat dijaga..tiada jeans mahupun t-shirt short slevess tersarung di tubuhnya..senantiasa berusaha menjaga aurat setiap masa..

Namun, pabila cinta mula bertandang..hati si gadis mula goyah..prinsip demi prinsip yang dipegang kian terurai..hanya kerna seorang lelaki yang belum tentu akan menjadi haknya kelak. Detik waktu pantas berlalu, si A terus berani, bersms hingga ke pagi..bersembang dikala malam hari..tiap bicara yang dilontar kini mula berubah..bukan bertanya khabar semata-mata..tapi mula membuka bicara aurat yang selama ini rapi dijaga..semua ini hanya kerana si dia yang dicinta!!..

Detik terus berlalu, dirinya kian hanyut ditelan gelombang..perjumpaan demi perjumpaan yang di rancang akhirnya mencatatkan seribu memori yang hitam..tiada lagi rasa segan dan silu..kerna terpedaya dengan bicara diriku hanya untukmu!..berpegangan tangan dan berpelukkan menjadi perkara biasa..bercumbuan di khalayak dikatakan bukti cinta!..begitu sekali cinta merubah manusia..

Setahun berlalu tidak terasa, kerna dunia ini hanya ada diriku dan juga dia..itulah yang seringkali diucapkan padaku..dan aku hanya mampu menasihati walaupun ku tahu nasihatku tidak pernah dipeduli..
A kian hanyut mencintai si B..namun, panas yang diharap bertahan hingga ke petang tidak kesampaian..si B mula menyepi..meninggalkan si A sendiri..alasannya cuma satu, diriku sudah tidak mencintaimu lagi..dan si A mencuba memujuk rayu..tapi, apalah ertinya rayuan itu andai dirimu kini sekuntum bunga yang hampir layu??..siapa lagi yang mahu bertamu??

Pesananku untukmu, gadis-gadis yang diluar sana jadikan apa yang kucoret ini sebagai sempadan buatmu..agar apa yang berlaku kepada A tidak berlaku pula padamu..gadisku, pernah aku terbaca satu hadis yang berbunyi :

Barang siapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikan perasaan itu..maka dia tergolong dalam golongan orang-orang yang berjihad..

Tidak mahukah kita tergolong dalam golongan yang sedemikian?? Tepuk dada, Tanyalah iman..bak kata hlovate, live hell or live well???..you choose!..harapanku, agar perkongsian ini mampu membuka mata dan juga minda gadis-gadis diluar sana agar tidak hanyut dalam cinta dunia yang penuh liku..kerna, seburuk-buruk lelaki dia tetap mahukan seorang gadis yang baik untuk dijadikan seorang isteri. Fikir-fikirkan dan renungkan lah apa yang harus anda lakukan..

Sekian, salam sayang daripada ima zara untuk anda =_=..moga kita sama-sama berada dalam kalangan orang-orang yang bersyukur..

Thursday, January 27, 2011

Sahabat

Sahabat,
Masihku ingat detik dan ketika itu,
Di mana pertama kali
Aku menatap wajah ayumu..
Saat itu,
Terdetik dalam hatiku..
Ya Allah,
Terima kasih kerna kurniakan aku
Seorang sahabat yang begitu cantik parasnya..

Sahabat,
Namun, pada masa yang sama..
Aku khuatir..
Khuatir jika keayuan parasmu itu
Bakal melalaikanmu..
Bakal mengheretmu ke lembah dosa..
Bakal meretakkan ukhuwah antara kita..

Sahabat,
Aku bukanlah jua seorang yang sempurna,
Kerna diriku ini sama sepertimu..
Hanya insan biasa ..
Yang hina lagi kerdil di sisi-Nya..

Sahabat,
Detik waktu begitu pantas berlalu..
Setahun lamanya kita bersama
Engkau mula membajai sengketa..
Menabur cerita yang berunsur fitnah semata-mata..

Sahabat,
Tidakkah engkau kasihkan mereka??
Yang selama ini bersamamu tiap saat dan ketika??
Atau adakah dirimu tidak punya apa-apa rasa??

Sahabat,
Tidak ku harap dirimu
Sesempurna Saidatina Khadhijah..
Kerna hanya Rasulullah yang berhak ke atasnya..
Aku hanya dambakan seorang sahabat
Yang ikhlas ketika bersama...

Pelihara Aku Ya Allah

Ya ALLAH...
hati ini kian gelisah..
gundahnya kian parah.
detik demi detik..
aku harungi dengan penuh kesukaran..
namun penuh dengan ketabahan...

Ya ALLAH..
damainya malam ini tidak mampu mendamaikan
hati dan juga nuraniku..
tidak mampu menghapuskan dosa-dosa semalam yang
menghiris kalbu..
tidak mampu menghilangkan rinduku padaMu..
tidak mampu menghilangkan khilafku padaMu
suatu masa dahulu..

Ya ALLAH...
aku benar-benar buntu..
Hati ini mahukan taufiq dan hidayah dariMu
untuk menjalani hari-hari yang penuh liku..
namun makin hari..
diriku terasa kian jauh dariMu..

Ya ALLAH..
aku rindu padaMu..
aku rindu pada rahmatMu..
aku rindu pada cintaMu...

Ya ALLAH..
tuntunlah langkahku..
jangan biarkan aku
melangkah pergi jauh dariMu..

Cinta Itu

Tuhan...
hanya padaMu aku mampu menyusun kata dan bicara..
hanya padaMu aku bisa berkata-kata ..
tanpa sebarang dusta..
kerna Engkau Maha Mengetahui segala..

Tuhan..
dahulu aku pernah terkandas..
terkandas diperjalanan hidupku menuju redhaMu..
kandas menahan gelodak perasaan yang
senantiasa bergelodak hebat...

Tuhan..
aku mencintainya tidak pernah melebihi diriMu..
aku mencintai dirinya setara
dengan keluargaku...
kerna aku mahu digelar zaujahnya..
dan dia pula zaujiku...
suatu hari nanti..

Tuhan...
aku mencintainya kerna cintaNya padaMu..
itu hakikatnya..
tapi sayang..
aku gagal mengawal kehendak hati yang meronta-ronta..
membuatkan aku diulit lena bersama gerak dosa..

Tuhan..
di saat ini..
aku malu padaMu..
betapa jahilnya aku Ya Tuhan..
mencipta dosa yang menjerut perasaan...
mensiakan nikmat cinta yang Kau berikan...

Tuhan..
kini aku sedar..
siapalah aku tanpaMu..
apalah makna cintaku padanya..
jika aku tidak mampu menjaga cintaku padaMu..

Tuhan...
aku mohon padaMu..
redhakanlah hatiku..
pasrahkan hatiku atas apa yang terjadi...
agar aku bisa mengejar cintaMu yang hakiki..
tanpa sebarang gerak dosa lagi...

Friday, January 14, 2011

Hai =_=

assalamualaikum semua..alhamdulillah, finally ima da wat satu blog baru tok masukkan hasil2 karya ima yg x seberapa ni..ima harap anda semua sudi jenguk blog ima, and comment apa yang patut..bantulah ima tok jadik seorang penulis yang berjaya =_=..