WelcOme tO mY liFe =_=

Assalamualaikum...ini blog ima zara ..kedatangan anda amatlah dihargai..moga bingkisan sepi ini menjadi tatapan anda sekalian..Terima kasih di atas kesudian anda untuk mengunjungi blog ini..segala hasil coretan di blog ini adalah hak milik kekal ima zara..anda boleh copy hasil karya ima zara dengan syarat nyatakan sumber karya tersebut..kesediaan anda mematuhi permintaan ima zara amatlah dihargai..salam sayang, ima zara =_=

don't forget to leave a comment about my poem, short story and so on!..


Followers

Friday, February 4, 2011

Cinta


Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerna telah menggerakkan hatiku untuk berkongsi sedikit kisah mengenai cinta dan wanita..aku bukanlah seorang yang ilmuan, serba tahu mengenai selok belok agama serta hukumnya..tapi, aku sedang mencuba untuk kembali menulis..menggarap bakat yang sebelum ini terkubur dan berkongsi pengalaman dengan anda semua agar, tiap apa yang disampaikan dapat kita sama-sama jadikan panduan dan juga sempadan..

Sepertiga malam ini, aku terpanggil untuk berkongsi mengenai kisah seorang gadis..yang kini berusia dalam lingkungan 20-an..juga merupakan seorang kenalanku..ku gelarkan dirinya sebagai “a”..untuk memudahkan proses perkongsian ini..

A merupakan seorang pelajar yang baik, malah amat berpotensi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya..malah, ketika di sekolah..A amat aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah..dia juga amat terkenal dalam kalangan guru-guru memandangkan A seorang pelajaryang berdedikasi..Di sekolah,A menyandang jawatan sebagai seorang pengawas sekolah..dia amat terkenal dengan sikapnya yang peramah, baik hati dan pada masa yang sama seorang yang tegas.

A juga merupakan seorang gadis yang  beragama, memandangkan latar belakang dirinya berasal daripada keluarga yang baik-baik dan mengamalkan cara  hidup yang biasa sahaja..dia juga bukanlah seorang gadis yang gemar bersosial dan melepak tidak kira masa. Soal aurat dan pemakaian amat dijaga..tiada jeans mahupun t-shirt short slevess tersarung di tubuhnya..senantiasa berusaha menjaga aurat setiap masa..

Namun, pabila cinta mula bertandang..hati si gadis mula goyah..prinsip demi prinsip yang dipegang kian terurai..hanya kerna seorang lelaki yang belum tentu akan menjadi haknya kelak. Detik waktu pantas berlalu, si A terus berani, bersms hingga ke pagi..bersembang dikala malam hari..tiap bicara yang dilontar kini mula berubah..bukan bertanya khabar semata-mata..tapi mula membuka bicara aurat yang selama ini rapi dijaga..semua ini hanya kerana si dia yang dicinta!!..

Detik terus berlalu, dirinya kian hanyut ditelan gelombang..perjumpaan demi perjumpaan yang di rancang akhirnya mencatatkan seribu memori yang hitam..tiada lagi rasa segan dan silu..kerna terpedaya dengan bicara diriku hanya untukmu!..berpegangan tangan dan berpelukkan menjadi perkara biasa..bercumbuan di khalayak dikatakan bukti cinta!..begitu sekali cinta merubah manusia..

Setahun berlalu tidak terasa, kerna dunia ini hanya ada diriku dan juga dia..itulah yang seringkali diucapkan padaku..dan aku hanya mampu menasihati walaupun ku tahu nasihatku tidak pernah dipeduli..
A kian hanyut mencintai si B..namun, panas yang diharap bertahan hingga ke petang tidak kesampaian..si B mula menyepi..meninggalkan si A sendiri..alasannya cuma satu, diriku sudah tidak mencintaimu lagi..dan si A mencuba memujuk rayu..tapi, apalah ertinya rayuan itu andai dirimu kini sekuntum bunga yang hampir layu??..siapa lagi yang mahu bertamu??

Pesananku untukmu, gadis-gadis yang diluar sana jadikan apa yang kucoret ini sebagai sempadan buatmu..agar apa yang berlaku kepada A tidak berlaku pula padamu..gadisku, pernah aku terbaca satu hadis yang berbunyi :

Barang siapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikan perasaan itu..maka dia tergolong dalam golongan orang-orang yang berjihad..

Tidak mahukah kita tergolong dalam golongan yang sedemikian?? Tepuk dada, Tanyalah iman..bak kata hlovate, live hell or live well???..you choose!..harapanku, agar perkongsian ini mampu membuka mata dan juga minda gadis-gadis diluar sana agar tidak hanyut dalam cinta dunia yang penuh liku..kerna, seburuk-buruk lelaki dia tetap mahukan seorang gadis yang baik untuk dijadikan seorang isteri. Fikir-fikirkan dan renungkan lah apa yang harus anda lakukan..

Sekian, salam sayang daripada ima zara untuk anda =_=..moga kita sama-sama berada dalam kalangan orang-orang yang bersyukur..

No comments:

Post a Comment